~Peribahasa~


1)Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

2)Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

3)Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

5)Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

6)Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

7)Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

8)Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

9)Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

10)Genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

11)Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

12)Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

13)Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

14)Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

15)Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

16)Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

17)Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

18)Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

19)Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

20)Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

21)Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

22)Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

23)Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

24)Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

25)Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

26)Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

27)Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

28)Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

29)Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

30)Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

31)Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

32)Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

33)Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

34)Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

35)Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

36)Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

37)Batu Penghalang
Maksud : Halangan

38)Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

39)Meninggi diri
Maksud : Sombong

40)Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

41)Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

42)Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

43)Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

44)Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

45)Murah Hati
Maksud : Pemurah.

46)Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

47)Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

48)Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat